Dim Sum Babi Tak Laku, Orang Islam Disalahkan




Walaupun terkenal dengan sajian istimewa dim sum dan mendapat pengiktirafan restoran berbintang Michelin, Restoran Tim Ho Wan yang berasal dari Hong Kong terpaksa menutup operasi mereka di Malaysia bermula 4 Julai yang lalu.

Menurut pengasasnya, Mak Gui Pui yang diterbitkan oleh inmediahk.net, sebuah portal media Hong Kong, mengatakan antara sebab operasi restorannya di Malaysia terpaksa ditutup adalah disebabkan perbezaan budaya dan majoriti agama di sini.

Ini kerana majoriti rakyat Malaysia adalah beragama Islam dan tidak memakan hidangan babi sedangkan babi adalah antara bahan utama dalam penyediaan hidangan seperti dim sum, BBQ Pork bun dan shao mai (steamed pork dumpling).




Atas sebab itu Mak mengatakan restorannya mengalami kerugian yang besar kerana tidak mempunyai pelanggan yang ramai berkunjung ke restoran tersebut.

Kenyataan tersebut telah menjadi topik hangat di kalangan masyarakat Cina di Malaysia dan mereka menyifatkan apa yang dikatakan oleh Mak Gui Pui adalah tidak bertanggungjawab kerana menyalahkan masyarakat Muslim atas kegagalan perniagaannya.

Ada yang berpendapat bahawa strategi perniagaan yang digunakan adalah tidak bersesuaian kerana menu sebegitu adalah terlalu biasa bagi masyarakat Cina di Malaysia bahkan boleh didapati di mana-mana sahaja.




Ada juga pendapat yang mengatakan harga makanan di Restoran Tim Ho Wan tidak berbaloi dengan makanan yang dihidangkan dan rasanya tidak dikenakan dengan selera masyarakat Cina di sini.

Apa yang kami boleh katakan sebagai peniaga, seseorang itu perlulah mengetahui budaya setempat dan membuat kajian pasaran sebelum membuka sesebuah perniagaan di kawasan tersebut.

Jika tidak ada kemungkinan perniagaan tersebut menanggung nasib yang sama seperti restoran ini terutamanya bagi perniagaan yang berasaskan makanan kerana terlalu banyak saingan. - Apakes
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment