Diana Danielle Akui Sedang Lalui Tempoh Sukar Dalam Perkahwinan




Sedang berusaha untuk menjadi seorang isteri dan ibu yang hebat, Diana Danielle akui beliau sedang menghadapi tempoh sukar dalam perkahwinan.

Berdepan dengan pelbagai dugaan, Diana tetap bersyukur hubungannya dengan Farid Kamil masih lagi bertahan dan berharap rumah tangga mereka akan kekal sehingga ke akhir nyawa.

Betul, lima tahun pertama tempoh perkahwinan adalah yang paling sukar. Kami sedang dalam usaha melepasinya setelah berhadapan dengan seribu satu masalah sebelum ini.

Untungnya saya dan Farid masih mampu melaluinya dan berhadapan dengan masalah yang datang. Untuk mencari keserasian tentu sahaja memakan masa yang panjang.

Pun begitu saya bersyukur mampu bertahan ke tahap ini. Moga rumah tangga kami juga akan bertahan sehingga ke akhir hayat. - Apakes
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment