Budak Umur 16 Tahun Hantar Foto Lucah Kepada Farahdhiya




Penyanyi Farahdhiya sebelum ini pernah menerima pelbagai mesej berbaur lucah daripada lelaki berhidung belang menerusi akaun Instagramnya.

Terbaru, Farahdhiya tidak dapat menahan amarahnya apabila ada juga remaja bawah umur yang masih lagi bersekolah  sudah berani untuk menghantar foto lucah kepadanya menerusi akaun Instagram. Malah, remaja itu mengulangi perbuatan tidak senonoh itu beberapa kali.

Memang geram dan sakit hati sebab di usia semuda itu mereka sudah berani menghantar gambar sedemikian pada saya. Takde rasa hormat langsung!

Yang guna akaun palsu memang banyak tetapi ada yang lebih berani menggunakan akaun peribadi dan mengambil gambar tak senonoh menampakkan sebahagian dari alat sulit dan muka mereka. Apa tak ada perasaan malu ke?

Walaubagaimanapun, Faradhiya tidak ingin melaporkan hal tersebut kepada pihak polis kerana sudah menyekat remaja terbabit daripada akaun Instagramnya.

Dalam pada itu, Faradhiya kini lebih berjaga-jaga dalam setiap hal kerana trauma dengan kes cabul dan rogol yang semakin berleluasa. - Apakes

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment