Blogger Minta Maaf, Padam Artikel Rita




Selepas didesak pelakon Rita Rudaini, portal hiburan yang menyiarkan berita kononnya bekas suami pertama Rita, Akbar Sahari sudah rujuk kembali dengan pelakon itu tampil dengan permohonan maaf secara terbuka, hari ini.

Baca "MOHON MAAF ATAU SAYA SAMAN"

Portal berkenaan memuat naik kenyataan meminta maaf kepada Rita dan keluarganya beberapa jam selepas Rita mendesak mereka membuat permohonan maaf hari ini.

€Kami dengan rendah diri memohon maaf kepada Rita Rudaini dan keluarga atas berita berkenaan yang kami dapati keterlaluan sehingga mengancam peribadi Rita sekeluarga,€ katanya.

Menurut portal terbabit, mereka memperoleh berita berkenaan daripada carian €google dan blog berkaitan.

€Kesilapan kami adalah terus menyebarkannya tanpa usul periksa mengenai kesahihannya.

Artikel itu juga sudah dipadam,”€ katanya. - Apakes
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment