Alif Satar: Kami Berdua Individu Berbeza




Perasan juga di laman sosial media ada pihak yang masih keliru dengan apa yang terjadi buat pemegang nama Alif ini sehingga membuatkan Alif Satar tampil menjelaskan perkara yang sebenar.

Tidak kurang juga ada yang berjenaka mengenai nama mereka yang sama malah turut dikaitakan dengan Aliff Syukri.

Semuanya bermula apabila nama pelakon dan juga penyanyi Aliff Aziz menjadi perbualan apabila dia didakwa memukul isterinya di pusat karaoke. Terkena tempias nama sama, Alif Satar menyatakan bahawa mereka sememangnya individu berbeza.

“Tiba masanya mereka di luar membezakan antara Alif Satar dan Aliff Aziz. Kami berdua individu yang berbeza… cuma mempunyai persamaan pada nama saja.

Saya dapat tahu ada juga media keliru. Namun, secara tidak langsung, isu yang timbul membuka mata masyarakat dengan perbezaan kami”

“Saya enggan mengulas apa-apa mengenai insiden itu. Cuma saya ada memuat naik status di Insta Story semalam supaya tidak ada pihak yang keliru lagi,” katanya.

Sementara itu, isu yang melibatkan Aliff Aziz dan juga Afifah Nasir ini juga turut mendapat reaksi daripada selerbriti tempatan seperti Che Ta dan yang paling terbaru, perbalahan di laman sosial oleh adik Neelofa iaitu Ameera Khan di Twitter.  - Apakes
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment