Adam Hamid Kritikal?




Pelakon dan pengarah, Adam Hamid, 44, dilaporkan kini kritikal di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.

Pelakon dikenali melalui drama Sayang di Sayang dan filem Pontianak Harum Sundal Malam itu mulai jatuh sakit pada Ramadan lalu.

Perkara itu diketahui melalui kiriman pesanan Whatsapp oleh ahli keluarga Adam kepada beberapa rakan artis, awal pagi, hari ini.

"Sebelum ini, Adam ada mengirim pesanan ringkas melalui Whatsapp memohon semua rakan mendoakan kesembuhan kerana dia sedang sakit pada Ramadan lalu.

"Tapi apabila ditanya jenis penyakit, dia hanya mendiamkan diri," kata pelakon Aznah Hamid, rakan artis.

Selain berlakon, pelakon berasal dari Kelantan itu pernah mengarah drama fantasi seperti Duyung Aridinata, Sumpah Bunian dan Julia Juli Bintang Tiga. - Apakes
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment