6 Cara Mudah Buang Lemak Degil Pada Peha

   


Pasti ada diantara anda yang berhadapan dengan masalah peha besar kan? Badan langsing tetapi peha besar? Mesti malu nak pakai seluar jeans dek kerana peha macam gajah? Haaa jangan risau!

Jom kita tengok antara cara muda untuk mengecilkan peha anda. Tapi anda kena disiplin, barulah boleh miliki peha idaman anda.


MINUM AIR PUTIH



Air putih sangat diperlukan oleh tubuh bukan hanya untuk elakkan dehidrasi tetapi juga membantu membuang kotoran dan memproses pembakaran lemak.


MAKAN MAKANAN RENDAH KALORI




Elakkan makan fast food, makanan berminyak, tinggi gula dan tinggi lemak. Nak dapat kesan yang anda inginkan, kena DISIPLIN. Amalkan sayur-sayuran dan buah-buahan dan makanan kaya serat.


DAPATKAN TIDUR YANG CUKUP




Tidur dapat membakar lemak badan. Dalam keadaan tidur, lebih kurang 45-115 kalori akan terbakar. Tapi jangan makan sebelum tidur kerana ia jadi punca peha anda besar!


JANGAN STRES



Lemak yang terkumpul di paha sukar dihapuskan walaupun dah bersukan. Tekanan akan menghalang pembakaran lemak tubuh, terutama di bahagian peha.


JANGAN KERJA BERLEBIHAN



Kerja berlebihan hingga stres dan lupa waktu rehat tidak bagus untuk kesihatan. Ini kerana ia meningkatkan berat badan sehingga sukar untuk mengecilkan peha.


LAKUKAN GERAKAN UNTUK KECILKAN PEHA



Perlu tahu gerakan atau senaman apa yang sesuai untuk kecilkan peha. Berlari, naik tangga, squat, skipping dan berbasikal sangat membantu membakar lemak di paha. - Apakes
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment