3 Pelajar Tersepit Maut Dalam Kemalangan



3 Pelajar Tersepit Maut Dalam Kemalangan

PASIR PUTEH - Tiga pelajar tingkatan enam maut apabila kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan dalam kemalangan di Kilometer 26, Jalan Kota Bharu- Pasir Puteh, dekat Kampung Bukit Tanah di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 1.25 pagi itu, mangsa yang maut adalah pemandu kereta Proton Iswara, Ahmad Amirul Razali dan penumpang, Amir Amjad Zuhar serta Che Muhammad Syafiq Che Suriadi, mereka berusia 19 tahun.

Tiga lagi mangsa cedera, dan dua selamat. Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Abdul Rozak Mohamad, berkata ketika kejadian tiga mangsa bersama seorang rakannya menaiki kereta Proton Iswara, manakala Proton Persona dinaiki empat individu.

Katanya, kereta dipandu Ahmad Amirul dari arah Kota Bharu menghala Kuala Terengganu dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Proton Persona.

"Akibat pertembungan itu pemandu bersama dua penumpang yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jawa Selising, di sini, tersepit dan maut di tempat kejadian, manakala seorang rakannya cedera.

"Pemandu dan seorang penumpang Proton Persona cedera dan dua selamat. Semua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Anis untuk rawatan lanjut," katanya di sini, hari ini. - Apakes

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment