Walaupun Tiada Zuriat, Siti Nurhaliza Bersyukur



Walaupun Tiada Zuriat, Siti Nurhaliza Bersyukur

Setiap kali kedatangan Aidilfitri pastinya memberikan pengalaman berbeza buat setiap orang. Bagi Siti Nurhaliza, sambutan raya sejak kebelakangan ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

“Alhamdulillah, paling berbeza sudah tentu pertambahan cucu dalam keluarga yang akan memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri.

Kehadiran mereka membuatkan sambutan raya kami sekeluarga lebih bermakna,” katanya.

Sementara itu, Siti Nurhaliza juga turut berkongsikan pengalaman paling sedih di dalam kehidupannya menyambut Aidilfitri.

Kesannya, perkara tersebut merubah aktiviti raya yang dilakukannya sebelum ini.

“Masih mekar dalam ingatan, raya tahun 2009 paling memilukan bukan sahaja untuk saya, tetapi seluruh keluarga. Ini kerana pada tahun itu arwah bapa, Tarudin Ismail meninggal dunia”

“Memang amat terasa kehilangannya dan rutin raya saya berubah secara drastik daripada bersalaman memohon ampun kepada menziarah pusara beliau pada pagi raya,” kongsinya lagi. - Apakes





Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment