Tragedi Malam Raya, 2 Maut



Tragedi Malam Raya, 2 Maut

KUALA TERENGGANU - Dua maut, manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan empat motosikal di Jalan Bukit Putera-Kampung Telaga Papan, Setiu, malam tadi.

Kemalangan kira-kira jam 11.20 malam tadi menyebabkan dua penunggang motosikal maut, manakala tiga yang cedera masing-masing dua penunggang motosikal dan pemandu kereta PROTON Wira.

Bagaimanapun, identiti semua mangsa belum diperoleh sehingga kini. Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan 11, Mohd Izani Zakaria, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 11.29 malam.

"Sebuah jentera serta sebuah van Unit Penyelamat dan Paramedik (EMRS), dengan tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kita dapati berlaku kemalangan membabitkan sebuah PROTON Wira dan empat motosikal.

"Pemandu kereta berkenaan yang cedera dan tersepit dikeluarkan dengan peralatan penyelamat oleh bomba.

"Pemandu dan dua lagi mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Setiu untuk rawatan, manakala mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya. - Apakes

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment