Terjun Dari Tingkat 15



Terjun Dari Tingkat 15

Remaja berusia 17 tahun maut selepas terjun dari tingkat 15 sebuah pangsapuri di Bandar Puteri Puchong, Puchong, 1 tengah hari, hari ini.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohd Amin Megat Alias berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada 1.10 tengah hari memaklumkan terdapat remaja terjun dari pangsapuri berkenaan.

“Kejadian disedari orang ramai yang berada di kawasan berkenaan yang melihat remaja itu terjun dari tingkat 15 sebelum jatuh di kawasan parkir.

"Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala," katanya hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan di tingkat 15 menemui sepasang selipar milik mangsa dan satu beg pakaian.

"Mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga.

"Polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut, namun masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif tindakan mangsa," katanya. - Apakes
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment