Sufian Suhaimi Buat Laporan Polis
Tidak mahu terus dihimpit tuduhan mengganggu isteri orang, Sufian Suhaimi terus membuat laporan polis sejurus mendapat tahu namanya dikaitkan dengan dakwaan terbabit. Biarpun masih tiada kesahihan siapa di pihak benar, Sufian berharap laporan itu dapat membuktikan dirinya tidak bersalah.
BACA: SUFIAN SUHAIMI MENGGATAL DI BIGO, WECHAT?
“Sejurus perkara itu tersebar luas di Twitter saya terus buat laporan polis sebagai salah satu langkah keselamatan diri saya. Laporan itu juga dibuat bagi memberitahu saya tidak bersalah dan difitnah selain berada di pihak benar”
“Apa yang saya lihat pendedahan itu seperti jadi trend pulak dengan modus operandi sama berlaku kepada Shukri Yahaya. Ia membimbangkan kerana ia boleh berlaku kepada siapa sahaja demi kepentingan peribadi”
“Apa yang diperkatakan sama sekali tidak benar dan saya sendiri sebenarnya terkejut apabila membacanya dan terus membuat laporan polis,” katanya kepada m Star Online mengenai tuduhan yang dilemparkan.
Terdahulu suami kepada wanita terbabit telah mendedahkan perbualan diantara isterinya dan Sufian di Bigo Live serta bebrapa gambar yang dihantar Sufian. Malah kerana terlalu yakin dengan kenyataannya, lelaki terbabit turut berani untuk bertemu dengan Sufian sendiri. - Apakes
0 comments:
Post a Comment