Shima Anuar Hamil?



Shima Anuar Hamil?

Pelakon filem Highland Tower, Shima Anuar, berkongsi berita gembira dirinya disahkan hamil dua bulan. Aktres itu turut memberitahu, beliau berdepan alahan teruk pada peringkat awal kehamilannya.

Shima atau nama sebenarnya Noor Hashimah Anuar, 26, berkata beliau dan suami tidak merancang dalam soal cahaya mata, namun sememangnya menantikan rezeki untuk menambah ahli keluarga secepat mungkin.

"Saya pada mulanya melakukan sendiri ujian kehamilan di rumah, namun keputusannya negatif. Begitupun selepas dua minggu, ia bertukar menjadi positif. Saya kemudian ke hospital untuk mendapatkan pengesahan daripada doktor pula.

"Tidak lama selepas itu, saya dan suami turut berjumpa doktor pakar bagi mendapatkan nasihat lebih lanjut mengenai kandungan.

"Alahan kehamilan pertama ini juga sangat teruk sehingga membuatkan saya jadi lemah dan terbaring saja. Semua makanan yang saya makan pula akan keluar semula, malah minum air pun membuatkan saya muntah," katanya.

Berikutan keadaannya itu, menurut Shima, banyak aktiviti dan kegiatan seninya tergendala kerana beliau mengambil keputusan untuk berehat saja di rumah.

Pelakon filem Tujuh Petala Cinta itu berkata, alahan ketika hamil semakin berkurangan apabila kandungan memasuki usia dua bulan. Shima mendirikan rumah tangga dengan Mohd Solih Toha, 41, yang juga duda kepada dua cahaya mata, pada 8 April lalu. - Apakes

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment