Serius Dalam Munafik 2 - Mawi


Serius Dalam Munafik 2 - Mawi


Tujuh tahun menyepikan diri di arena lakonan membuatkan penyanyi, Mawi kekok untuk kembali beraksi di layar perak menerusi filem Munafik 2.

Mawi atau pemilik nama penuh Asmawi Ani, 36, berkata, antara kesukaran adalah untuk mengekalkan mood serius ketika menjayakan watak pembawa bot dalam filem susulan yang sebelum ini mencatatkan kutipan 18 juta.

"Saya mempunyai kesukaran untuk tidak membuat lawak kerana karakter itu bersikap tegas. Kadang kala saya sendiri tidak merancang untuk menyuntik elemen humor dalam dialog, namun secara spontan ia timbul.

"Jadi perkara sebegitu yang seharusnya saya kawal kerana ia berlaku tanpa dirancang. Selain itu, saya langsung tidak tahu memandu bot sedangkan watak saya sebagai pemandu bot. Saya tidak boleh tampak kekok.

"Pada masa sama, filem arahan Syamsul Yusof ini juga sudah cukup kuat apabila filem pertama itu mampu mencatat kutipan tertinggi pada tahun lalu. Sedikit sebanyak ia menyuntik cabaran.

"Apa pun saya tidak sangka apabila tujuh tahun tidak berlakon, rasa gementar muncul sebaik ke set. Selepas beberapa syot, saya mampu mengawal situasi sekali gus menggalas amanah ini dengan baik," katanya.

Filem yang bakal menelan belanja RM2.5 juta itu membabitkan barisan pelakon lain seperti Maya Karin, Fauzi Nawawi, Nasir Bilal Khan, Fizz Fairuz, Ku Faridah dan Datuk Rahim Razali.

Bercerita mengenai perniagaan, penyanyi yang pernah mencipta fenomena itu giat mempromosikan haruman yang dihasilkan dengan kasturi asli di bawah jenama Calit.

Selain pewangi, pelantun lagu Bukan Propaganda itu turut menghasilkan kurta mengikut kesesuaian dan keselesaan ramai bersempena kehadiran Syawal.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment