"Saya Memang Tidak Suka Masak" - Nora Danish
"Saya Memang Tidak Suka Masak" - Nora Danish
Siapa yang mengikuti perkembangan Nora Danish pasti saja tahu beliau sering berkongsi video suaminya yang suka memasak, rupa-rupanya kerana Nora tidak gemar memasak.
Malah katanya, hobi suaminya itu menyebabkan berat badannya naik hingga ada yang menyangka beliau hamil.
“Saya tidak gemar memasak tetapi Nedim lebih gemar berada di dapur. Saya lebih suka mengemas kerana bagi saya ianya terapi untuk menghilangkan tekanan setelah seharian penat bekerja.
Berat saya naik beberapa kilogram sehingga ada menanyakan sama ada saya hamil”
“Tambah menarik lagi, suami saya memang pakar dalam soal memasak. Jujur saya katakan, dia lebih banyak memasak di rumah berbanding saya dan masakannya boleh membuatkan saya tidak mahu makan di luar langsung,” jelasnya kepada Kosmo mengenai perkara tersebut.
Selepas lapan tahun bergelar ibu tunggal, kemeriahan ramadhan dan sambutan Aidilfitri kali ini pasti berbeza buat Nora.
Menurut Nora, sejak berumah tangga terasa dirinya lebih disayangi kerana mempunyai teman, ditambah pula dengan bilangan ahli keluarga bertambah. - Apakes
0 comments:
Post a Comment