Rumat Pangsa Terbakar
Rumat Pangsa Terbakar
Kerosakan sistem pancur kering akibat vandalisme menyebabkan empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka di Rumah Pangsa Larkin, Johor Bahru, musnah dalam kebakaran, 6.20 petang ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, Suhaimi Jamal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.20 petang sebelum lima jentera membabitkan 23 anggota dan pegawai dikejarkan ke lokasi.
"Apabila tiba, anggota cuba mengawal kebakaran menggunakan sistem pemadam api di rumah pangsa berkenaan iaitu pancur kering.
"Malangnya, ia tidak boleh digunakan kerana rosak akibat vandalisme.
"Berikutan itu, kami terpaksa menggunakan hos bomba dari tingkat bawah hingga ke rumah mangsa di tingkat sembilan.
"Alhamdulillah, kepantasan anggota berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah jiran dan tingkat 10 rumah pangsa berkenaan, malangnya keseluruhan rumah mangsa musnah dalam kejadian itu," katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, operasi ditamatkan 8.20 malam tadi dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Katanya, jumlah kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan.
Difahamkan, empat beranak itu kini menumpang di rumah keluarga di kawasan berhampiran. - Apakes
0 comments:
Post a Comment