Pemandu Treler Didakwa, Mengaku Tak Bersalah



Pemandu Treler Didakwa, Mengaku Tak Bersalah

Jelebu - Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan yang membabitkan empat kenderaan di KM 25 Jalan Bahau-Kerator dekat Jempol pada Ahad lalu didakwa di Mahkamah Majistret hari ini.

Tertuduh yang berusia 44 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan sebaik pertuduhan dibaca oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali.

Kosmo! melaporkan, berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa memandu treler secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian lapan nyawa iaitu Wan Mohd.

Fauzi Wan Mohd. Ibrahim,52; isterinya, Masnoraida M.Yusoff, 45, dan empat anak mereka, Wan Mohd. Muhaimin, 22; Wan Nur Athirah, 18; Wan Muhammad Ammar Haziq, 13, dan Wan Nur Aleesya, 7.

Mangsa lain yang maut ialah pasangan suami isteri, Osman Mohamed Taip,31, dan Rosniza Othman, 32.

Berikutan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda maksimum RM20,000.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan negeri, Nik Azhan Hakim Nik Mahmood dan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Ahmad Hijrah Wan Abdullah, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pihak pendakwaan menawarkan wang jaminan RM15,000 terhadap Norzailan.

Bagaimanapun tertuduh dalam rayuannya memohon jaminan dikurangkan dengan alasan hendak menyambut Hari Raya Aidilfitri serta menjelaskan bayaran rumahnya.

Mohamad Redza membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah.

"Selain itu, lesen memandu digantung sehingga mahkamah membuat keputusan muktamat terhadap tuduhan," katanya.

Kes disebut semula di Mahkamah Majistret Bahau pada 21 Julai depan dan tertuduh membayar wang jaminan pada hari sama. - Apakes

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment