Nabil Ahmad Diserang Peminat Fanatik Fattah Amin



Nabil Ahmad Diserang Peminat Fanatik Fattah Amin

Kalau masih ingat minggu lalu kecoh seketika dengan isu Fattah Amin didakwa tidak hadir ke set MeleTOP di saat-saat akhir, hingga timbul isu sindir-menyindir diantara beliau dan Neelofa. Tidak habis disitu, Nabil Ahmad turut terkena tempias apabila diserang peminat fanatik Fattah.

Kalau menurut kepada posting yang dimuat naik Nabil, seorang peminat fanatik Fattah telah menghantar ‘direct message’ di akaun Instagramnya dan menyuruh Nabil mengambil iktibar dengan kejadian itu.





Menurut sumber, hal ini berkaitan dengan kenyataan Micheal Ang yang meminta orang ramai tidak menyalahkan pelakon itu lagi kerana beliau yang bertanggungjawab menyusun jadual Fattah.

Berang dengan tindakan peminat fanatik itu, Nabil memuat naik bukti kiriman mesej tersebut berserta dengan kepsyen luahan perasaannya terhadap kejadian itu. Bagaimanapun, tidak lama selepas itu Nabil telah memadam posting terbabit dari akaunnya.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment