Mawa Rashid Bakal Kahwin?



Mawa Rashid Bakal Kahwin?

Hubungan cinta antara Mawar Rashid dan kekasihnya, Raf Yaakob bukanlah sesuatu yang baru. Tetapi baru-baru ini Mawar ada memberikan ucapan sempena Hari Bapa kepada Raf.

Dan komen yang dibalas Raf pula seolah memberi bayangan bahawa dirinya mahu menikahi wanita itu.




“Love you more manje. Terima kasih kepada semua yang mendoakan #MawaRaf Insha-Allah benda yang baik tak akan dilambatkan,” tulis Raf bagi membalas ucapan Hari Bapa yang diberikan Mawar terdahulu.

Rata-rata peminat yang menyedari komen tersebut tidak henti-henti meminta pasangan ini cepat mendirikan rumah tangga.

Malah ada juga yang sudah memberi ucapan tahniah kepada pasangan ini kerana katanya tidak lama lagi sudah dapat merasa nasi minyak mereka berdua.

Sebelum ini juga hubungan cinta mereka berdua dilihat memang agak terbuka di laman sosial. Apapun jika benar apa yang dimaksudkan, semoga segalanya dipermudahkan.

Tidak sabar rasanya kami ingin melihat Mawar naik pelamin! - Apakes

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment