Maut , Remaja Lemas Jatuh Tasik
JOHOR BAHRU - Seorang remaja perempuan etnik Rohingya lemas dipercayai terjatuh dalam sebuah tasik berhampiran Danga Bay di sini, petang tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, Pegawai Bomba Kanan II Zainal Leman, berkata sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 2.17 petang, sebuah jentera dan satu Unit Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dengan sembilan anggota dihantar ke lokasi kejadian.
"Bomba menerima panggilan memaklumkan seorang remaja perempuan dikenali sebagai Khatijah Bibi berusia 14 tahun lemas dalam sebuah tasik berhampiran Danga Bay.
"Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan seterusnya sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat," katanya di sini, hari ini. Zainal berkata, operasi ditamatkan pada jam 2.50 petang tadi. - Apakes
0 comments:
Post a Comment