Maut Kereta Bertembung Bas
Maut Kereta Bertembung Bas
KULIM - Seorang guru wanita maut apabila keretanya bertembung dengan sebuah bas dalam di Jalan Kulim-Mahang berhampiran Balai Polis Sungai Kob, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 8.45 pagi itu, mangsa, Umi Nazrah Md Isa, 39, guru Sekolah Kebangsaan Kampung Lindungan Raja, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ahmad Nasir Jaafar, berkata mangsa yang menaiki kereta jenis Mitsubishi Mirage dalam perjalanan dari arah Mahang ke Kulim sebelum bertembung sebuah bas.
"Siasatan awal mendapati, kereta yang dipandu mangsa hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah bas.
"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah dan tersepit. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Suami mangsa, Muhamad Fared Idris, 43, guru Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai, Baling, berkata mereka keluar rumah menaiki kereta berasingan kerana mengajar di sekolah yang berbeza.
"Sepatutnya petang esok selepas balik kerja, kami bersama empat anak berusia antara tiga tahun dan 12 tahun akan pulang ke kampung di Yan sambil mengambil baju raya yang sudah ditempah. "Semuanya sudah ditentukan-Nya.
Saya sekeluarga reda dengan apa yang berlaku," katanya yang ditemui di Jabatan Forensik Hospital Kulim. - Apakes
0 comments:
Post a Comment