Maaf Cinta Saya Bukan Untu Zizak Razak



"Tidak Mungkin Saya Dan Zizan Razak Akan Bercinta"

Kalau diikutkan gosip percintaan diantara Mira Filzah dan Zizan Razak telah lama berlarutan apabila masing-msing sering memuat naik gambar mesra bersama.

Enggan memberi harapan palsu kepada peminat yang mendoakan, Mira tegas memberitahu cintanya bukanlah kepada Zizan.

“Maaf, cinta saya pada waktu ini bukan pada Zizan, bukan juga pada lelaki lain. Tak mungkin saya bercinta pada waktu ini kerana saya lebih selesa solo. Lagipun, saya tidak mempunyai waktu yang banyak untuk bercinta”

“Masa saya banyak dihabiskan dengan bekerja semata-mata. Selebihnya bersama keluarga tersayang,” jelasnya kepada Utusan Mingguan mengenai gosip percintaan antaranya dengan Zizan yang hangat diperkatakan.

Menurutnya lagi, jika ada pun pihak yang menginginkan dirinya bercinta dengan jejaka itu, mustahil ianya akan berlaku kerana Mira lebih selesa berkawan sahaja.

Terdahulu, heboh hubungan pasangan ini diperkatakan, rata-rata peminat juga sangat suka melihat mereka bersama.

Jadi selepas ini bolehlah berhenti satukan mereka kerana sudah terang lagi jelas Mira tidak mempunyai perasaan cinta terhadap Zizan.

Tetapi jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan, doa yang baik-baik sahaja untuk mereka. - Apakes
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment