'Kenapa Ganggu Isteri Orang?' - Che Ta
'Kenapa Ganggu Isteri Orang?' - Che Ta
KUALA LUMPUR - Pelakon, Rozita Che Wan, menjelaskan status amarah terhadap gangguan seseorang yang dimuat naik di Instagram miliknya Ahad lalu adalah sebagai jalan terakhir bagi membantu saudara sendiri.
Rozita atau mesra dipanggil Che Ta berkata, sebelum ini teguran secara baik langsung tidak dipedulikan individu terbabit hingga membuatkannya terpaksa memberikan 'amaran' menerusi laman sosial peribadinya.
"Sebagai saudara, saya sakit hati mendengar luahan mengenai isterinya yang mabuk cinta dengan 'pengkid' hingga mengabaikan tanggungjawab di rumah. Lebih menyedihkan apabila anak kecil mereka yang baharu mencecah berusia sembilan bulan juga diabaikan.
"Karakter isterinya itu berubah dan dia menjadi wanita berbeza selepas mengenali individu terbabit. Jalan akhir adalah dengan mengambil langkah membuat luahan terbuka supaya dia sedar diri.
"Sebelum ini pun saudara saya sudah bertemu untuk berbincang secara baik, namun keadaan semakin melarat. Harapan saya, dia sedar tidak baik memporak perandakan rumah tangga orang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis buka puasa sempena ulang tahun ke tujuh LOL Entertainment Sdn Bhd. Sebelum itu, status Che Ta di Instagram menimbulkan tanda-tanya apabila berbaur amaran yang ditujukan kepada seseorang dengan disertakan gambar.
Beliau turut meluahkan kekesalan dengan sikap penyanyi itu yang terus mengganggu isteri saudaranya, selain mendakwa menyimpan bukti perbualan kedua-duanya.
"Ramai lagi orang di luar sana, kenapa perlu mengganggu isteri orang? Adakah setelah diberi amaran, dia menganggap dirinya seperti dicabar?
Saya tahu dia menafikan perkara ini kepada media dan anggap diri tidak bersalah, namun saya ada bukti," katanya lagi. - Apakes
0 comments:
Post a Comment