Kejadian Berbalas Tembakan Dua Suspek Maut



2 Maut Berbalas Tembakan

Dua suspek kes samun dan curi kabel ditembak mati polis di Bandar Baru Sentul dan Jalan Segambut, Kuala Lumpur, 3.30 pagi, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim berkata, kejadian berlaku ketika sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur membuat rondaan berdekatan kawasan pembinaan di Bandar Baru Sentul dan terserempak dua suspek menaiki dua kereta dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, dua kenderaan terbabit melarikan diri dan polis terpaksa berpecah dua bagi mengejar suspek.

"Satu kereta ditahan di hadapan masjid Bandar Baru Sentul, tetapi suspek melanggar kenderaan polis sebelum melepaskan tembakan ke arah anggota.

"Polis terpaksa membalas tembakan demi mempertahankan diri dan suspek berjaya ditewaskan.

"Manakala seorang lagi suspek ditahan di Jambatan Jalan Segambut selepas melarikan diri sejauh 7 kilometer dan juga ditewaskan selepas berbalas tembakan," katanya pada sidang media di Jalan Segambut, Kuala Lumpur, hari ini.




Jelasnya, pemeriksaan mendapati dua suspek lelaki berusia 26 dan 46 tahun terbabit mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes pecah rumah, narkotik, curi dan kesalahan memiliki senjata berbahaya.

"Hasil pemeriksaan terhadap dua kenderaan suspek, polis menemui dua pistol bersama enam peluru, tiga parang, alat pemotong dan sarung tangan disyaki digunakan bagi kegiatan jenayah," katanya.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment