"Kalau Nak Berubah Kena Selalu Istiqamah" - Mizz Nina



"Kalau Nak Berubah Kena Selalu Istiqamah" - Mizz Nina

Bukan mudah untuk mengekalkan penghijrahan yang dilakukan, lebih-lebih lagi bergelar anak seni. Jika dulu Mizz Nina sering menghabiskan masa menyanyi, kini aktiviti itu telah digantikan dengan mengaji al-Quran. Katanya istiqamah itu penting bagi memastikan penghijrahannya tidak terhenti.

“Setiap pagi saya akan membaca Al-Quran dan hujung minggu saya ada kelas mengaji pula. Saya rasa lebih tenang dan seronok menjalani hari-hari saya. Walaupun kadang-kala ada juga perasaan malas tapi saya paksa juga. Lama-kelamaan sudah menjadi amalan setiap hari”

“Buat masa ini, saya masih lagi dalam proses belajar sebutan ayat dengan tepat dan betul. Saya masih berusaha keras memastikan penghijrahan tidak terhenti separuh jalan. Sebab itu orang selalu cakap nak berubah ke arah yang lebih baik kena istiqamah,” jelasnya kepada m Star Online.

Tambah Mizz Nina lagi, faktor lain yang turut membantu proses istiqamah adalah kawan-kawan rapat yang harus saling mengingati antara satu sama lain untuk melakukan perkara yang wajib dan baik. Apapun semoga Mizz Nina akan terus menjadi idol untuk anak muda berubah. - Apakes



Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment