Jep Beri 'Hint' Sari Yanti Kini Berhijab


Jep Beri 'Hint' Sari Yanti Kini Berhijab

Berkongsi gambar isterinya manis berhijab di Instagram dan caption berkaitan dengan istiqamah, Jep Sepahtu seperti memberi bayangan bahawa Sari Yanti kini sudah mula berhijab sepenuhnya.

“Alhamdulillah. Dengan izin dan gerak-Nya. Semoga terus istiqamah. Syukur Ya Allah. I love u @sariyanti. Terima kasih kerana memudahkan urusan saya kelak,” luah Jep di laman sosial tersebut.

Gambar tersebut telah mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial yang rata rata memuji tindakan Sari Yanti selain mendoakan kebahagiaan pasangan ini. Sebelum ini,Jep dikecam teruk oleh pahlawan papan kekunci yang mencemuh Jep kerana tidak menjaga aurat isterinya.

Apa pun, semoga pasangan ini akan terus kekal bahagia dan Sari Yanti konsisten dengan perubahan yang dilakukannya itu. Bak kata Fattah Amin, fikir dan doa yang baik baik sahaja. - Apakes




Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment