Ifa Raziah Pengsan Kerana Keletihan


Ifa Raziah Pengsan Kerana Keletihan

KUALA LUMPUR - Sejak malam tadi, rakaman video memaparkan aksi Ifa Raziah pengsan menjadi viral dan diperkatakan netizen. Pemenang trofi Artis Versatil Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) selama dua tahun berturut-turut itu mengaku tidak cukup rehat hingga menyebabkan dirinya tidak bermaya lalu pitam.

Insiden itu dirakamkan ketika Ifa menjalani penggambaran video muzik lagu Dangdut Lebaran bersama artis lain termasuk Sheeda dan Ani Mayuni.

"Sejak menang trofi Artis Versatil Popular untuk kali kedua pada ABPBH 3.0 bulan lalu, tawaran membuat persembahan tak putus-putus hingga saya kurang berehat.

"Saya terima ini sebagai rezeki. Ketika kejadian, saya sebenarnya demam dan tak larat. Namun saya gagahkan juga menjalani penggambaran video muzik," katanya. Bagaimanapun, katanya, keadaannya ketika ini stabil.

"Saya tak pergi ke hospital pun dan hanya pulang ke rumah berehat. "Hari ini saya akan ke Pulau Pinang kerana menjayakan persembahan di sana," katanya. - Apakes

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment