'Hijau' Erra Dan Shahir Memukau



'Hijau' Erra Dan Shahir Memukau

Kemunculan pelakon popular Erra Fazira bersama penyanyi Shahir AF 8 pada sebuah majlis berbuka puasa di Melaka semalam menarik perhatian peminat.

Apatah lagi mereka yang dikaitkan sedang menjalin hubungan serius hadir mengenakan pakaian sedondon warna hijau.

Shahir berkata, perkara itu bukan disengajakan malah jauh sekali ingin menunjuk-nunjuk kepada khalayak.

"Saya hadir pada majlis itu atas jemputan rakan yang juga penganjur. Apabila tiba di sana, tak sangka pula Erra mengenakan warna sama. Memang terkejut dibuatnya. Saya hanya tahu Erra hadir ke acara itu kerana dia duta kepada produk berkenaan.

"Apabila muncul pada acara sama, ia bukan bermakna saya sengaja nak menunjuk. Ingin dijelaskan kami sebagai artis sekadar menjalani kehidupan biasa.

Kalau perlu muncul di khalayak, ia satu komitmen. Tak ada istilah ia sengaja dirancang," katanya.

Kelibat pasangan ini pada acara itu adalah penampilan pertama Erra dan Shahir depan khalayak selepas lebih dua tahun hubungan mereka diperkatakan.

"Saya tak boleh nak elak perkara sebegini. Lagi pun kami berdua bekerja dalam bidang sama. Mahu atau tidak, pasti akan bertembung dalam satu majlis.

"Lagi pula kehadiran saya pada acara semalam sekadar nak memberi sokongan kepada rakan. Kebetulan pengasas produk itu rakan Erra juga. Jadi saya hadir bukan kerana Erra semata-mata," katanya.

Sebelum ini Shahir secara terbuka mengakui dia dan Erra sedang menjalin hubungan serius dan merancang untuk berkahwin dengan ibu kepada seorang anak itu.

Namun, Shahir dalam kenyataannya belum menyatakan sebarang kepastian bila majlis itu berlangsung sebaliknya mahu peminat mendoakan yang terbaik buat mereka. - Apakes
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment