Guru Sebak Dihukum Gantung



Guru Sebak Dihukum Gantung

Bekas guru wanita sekolah swasta dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, hari ini, selepas didapati bersalah mengedar syabu seberat 959.5 gram (g), pada 2013.

Hakim Nurcahaya Arshad menjatuhkan hukuman itu terhadap Suhailah Abdullah, 44, selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Suhailah yang berbaju kurung coklat dan tudung labuh hitam kelihatan tenang di kandang tertuduh ketika hukuman dibacakan.

Bagaimanapun, sebaik tertuduh keluar dari pintu mahkamah, Suhailah kelihatan sebak.

Mengikut pertuduhan, Suhailah dituduh mengedar syabu seberat 959.5g di Balai Ketibaan Antarabangsa, Terminal Dua Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, kira-kira 11.50 pagi, 27 Mei 2013.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Gan Peng Kun, manakala Suhailah diwakili oleh peguamDatukSeri Rakhbir Singh. - Apakes
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment