Garapan Muzik Sedikit 'Keras'
Garapan Muzik Sedikit 'Keras'
Nama Mark Adam mula dikenali menerusi lagu Pencuri pada 2013 selepas single pertama, Sampai Nanti yang kurang mendapat perhatian.
Dia kemudian sekali lagi mencuri tumpuan dengan kehadiran lagu Si Katak sebelum tampil dengan lagu Marry Me.
Selepas dilihat kerap mempertaruhkan lagu ‘catchy’, Mark meletakkan satu lagi pertaruhan menerusi lagu Berat yang nyata lebih serius dan berentak pop balada.
Terbaru, penyanyi asal Filipina ini muncul dengan single terbarunya, Bukan Cinta hasil ciptaan DJ Fuzz dan Zah Amirul.
Bukan Cinta kedengaran lebih kepada pop, namun masih mampu didengari keunikan vokal Mark yang juga memiliki sekolah muziknya sendiri ini.
Berbanding lagu sebelum ini, Bukan Cinta sedikit ‘keras’ daripada segi garapan muziknya. Namun, identiti Mark masih boleh dikesan daripada lagu ini.
Ada juga beberapa bahagian yang kedengaran seperti lagu band Indonesia antaranya harmoni vokal penyanyi latarnya.
Dari segi lirik, Bukan Cinta mengisahkan mengenai perpisahan antara dua kekasih. Jelas kedengaran rasa hati yang kecewa dalam lagu ini.
Mark yang juga kini bergelar pelakon nampaknya bijak menggunakan skil lakonannya bagi menyampaikan jiwa lagu ini kepada pendengar.
“Bukan Cinta adalah satu lagi lagu baru daripada saya dan ada perbezaan berbanding lagu sebelum ini. Buat masa sekarang, saya sedang sibuk mempromosikan lagu baru ini,” katanya.
Lagu ini juga kini mula mendapat tempat di stesen radio tempatan dan nampaknya, mula menarik perhatian pendengar. - Apakes
0 comments:
Post a Comment