Gadis Jelita Jual Aiskrim Kini Viral



Gadis Jelita Jual Aiskrim Kini Viral

Apabila musim panas pastinya anda akan berasa gembira apabila mendengar bunyi loceng dan laungan si penjual aiskrim. Kebiasaannya yang biasa kita temui adalah penjual aiskrim lelaki dan kini ramai juga pendatang asing dari Bangladesh bekerja sebagai penjual aiskrim.

Namun berlainan dengan seorang gadis jelita yang berasal dari Langkawi ini apabila sanggup menjadi penjual aiskrim ketika cuti semester.

Syamimi Azhari yang juga merupakan pelajar ijazah sarjana muda pendidikan biologi dari Universiti Putra Malaysia (UPM) ini mengisi masa cuti semesternya dengan membantu peniagaan aiskrim keluarganya ini.

Selain bergelar seorang pelajar universiti, Syamimi juga turut berbakat sebagai make up artist dan sering menerima tempahan dari pihak luar dan dia juga merupakan model sambilan.

Tidak berasa malu dengan pekerjaan penjual aiskrim itu, Syamimi berasa positif dan seronok kerana berpeluang bertemu ramai orang dan menerima komen yang baik dari para pelanggannya.

Daripada gambar dan video yang Syamimi kongsikan di Facebooknya kita dapat lihat kehadiran penjual aiskrim pastinya menjadi sambutan yang hebat dari para penduduk dan berperanan membawa keceriaan.

Usaha dan minat yang ditunjukkan Syamimi ini harus menjadi ikutan kepada generasi yang muda tentang betapa pentingnya kita perlu berminat dengan perniagaan. - Apakes
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment