Farisha Sahut Cabaran



Farisha Sahut Cabaran

Minat menyanyi mendorong bekas peserta Idola Kecil musim keempat, Farisha Irish, 18, untuk terus aktif walaupun kini sedang menyambung pengajian.

Pemilik nama sebenar Farisha Asmadi ini sedang menyambung pelajaran dalam peringkat diploma di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Alor Gajah, Melaka.

Tampil dengan single berjudul Tak Malu, lagu berkonsep ‘catchy’ itu bukanlah jiwa sebenar Farisha tetapi dia perlu berani menyahut cabaran.

“Lagu ini muziknya agak rancak, memang mencabar untuk saya kerana jiwa lebih kepada lagu balada.

“Namun, saya tidak ada masalah untuk menyanyikannya dan tidak malu untuk mencuba,” katanya.

Sedar akan kehadiran ramai penyanyi dan memberi saingan kepadanya, Farisha berharap single kedua nanti dia berpeluang menyanyikan lagu mengikut kesesuaian masa.

Ini kerana, jika dilihat muzik sekarang pendengar lebih suka lagu ala 1990-an yang kembali menjadi siulan dan kegemaran ramai.

“Apabila diberikan lagu ‘catchy’, saya anggap ia cabaran dan mungkin sesuai dengan usia remaja saya.

“Namun begitu saya berharap turut berpeluang menyanyikan lagu sesuai dengan keadaan kerana cara itu juga antara yang terbaik untuk menarik perhatian pendengar.

“Dengan keadaan penyanyi semakin ramai sekarang ini saya perlu berusaha untuk memastikan nama sebaris dengan penyanyi baru,” katanya. - Apakes
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment