Butik Muslimah Puteri Sarah Ditutup?



Butik Muslimah Puteri Sarah Ditutup?

Pelakon Puteri Sarah Liyana, 32, menafikan butik pakaian muslimah miliknya di Bangsar, di sini, sudah ditutup kerana tidak mendapat sambutan.

Puteri Sarah berkata, perniagaannya itu masih beroperasi tetapi djalankan secara atas talian berikutan kontrak dengan pemilik kedai itu sudah tamat sejak 1 Mac lalu.

€œBukan kerana tiada sambutan. Kawasan itu strategik dan sentiasa ada pelanggan, cuma kontrak sewa bersama pemilik kedai itu sudah tamat.

€œLagipun kadar sewanya agak tinggi dan meningkat setiap tahun. Disebabkan itu, saya memilih untuk berniaga secara atas talian sekarang,€ katanya.

Menurutnya, antara sebab lain ialah kerana dia juga mahu memberikan perhatian membesarkan cahaya matanya, Syaikhul Islam yang kini berusia dua bulan.

Sarah yang juga isteri kepada pengarah dan pelakon popular Syamsul Yusof berkata, dia juga merancang untuk menyewa tempat baru di kawasan berhampiran kediaman mereka.

€œInsya-Allah, saya akan menunaikan ibadah Haji bersama suami nanti dan selepas selesai semuanya, barulah saya akan fikirkan mengenai lokasi baru.

€Lokasinya kalau boleh di sekitar Wangsa Melawati, Kuala Lumpur kerana lebih dekat dengan tempat tinggal kami. Buat masa sekarang, ibu saya bersama seorang pekerja menguruskan perniagaan secara atas talian itu, katanya. - Apakes
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment