"Bukan Mengelak, Tapi Cuti Dua Minggu"



"Bukan Mengelak, Tapi Cuti Dua Minggu"

Menyedari pihak mereka digasak dengan pertanyaan kehilangan Neelofa pada episod lalu, Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad menjelaskan bahawa Neelofa sememangnya mengambil cuti selama dua minggu untuk menguruskan persiapan ke umrah tidak lama lagi.

“Dari awal lagi mereka telah menyatakan hasrat untuk bercuti sepanjang tempoh tersebut kerana sudah merancang untuk menunaikan ibadah umrah”

“Oleh yang demikian, pihak produksi MeleTOP sudahpun membuat perancangan untuk mengundang Siti Nordiana dan Imam Muda Ashraf sebagai hos jemputan bagi menggantikan ketiadaan Nabil dan Neelofa,” katanya mengenai perkara itu.

Menurutnya, seperti tahun-tahun sebelum ini Neelofa akan berehat di bulan Ramadhan kerana ingin berangkat ke Mekah.

Bagaimanapun bagi menjawab soalan mengapa Neelofa masih di sini, kerana beliau mempunyai masalah mahram menyebabkan hasratnya untuk menunaikan ibadah terpaksa ditunda.

Sebelum ini Neelofa dikecam hebat kerana tidak hadir dan tidak bersikap profesional ketika pasangan Fattah Amin dan Fazura hadir mempromosikan drama mereka. Ada yang menganggap Neelofa cuba melarikan diri kerana enggan bersemuka dengan Fattah selepas kisah silam cinta mereka.

Manakala pada malam itu hos MeleTOP telah digantikan dengan penyanyi Siti Nordiana, sementara Imam Muda Asyraf menggantikan Nabil Ahmad.

Khabarnya ramai yang suka melihat gandingan ini menjadi pengacara, siap suruh gantikan Neelofa dan Nabil terus lagi. - Apakes




Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment