Anak Bazli UNIC Meninggal Dunia




Anak Bazli UNIC Meninggal Dunia

Selepas bertarung dengan barah Lymphoma sejak Disember lalu, Muhammad Syahid, anak kepada anggota nasyid UNIC, Bazli Hazwan, menghembuskan nafas terakhir pagi tadi.

Muhamad Syahid, 4, yang disahkan menghidap barah tahap ketiga selepas bengkak kecil pada bahagian leher, ketiak dan paru-paru pada Disember lalu, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), pada jam 7.23 pagi tadi.

Keadaan Muhammad Syahid dilaporkan menjadi lebih serius terutama apabila bahagian dalam mulutnya itu dijangkiti ulser. Ini menyebabkan kedua-dua pipinya membengkak dan tidak boleh makan seperti biasa. Pemergian Muhammad Syahid, dikongsi Bazli di laman Instagramnya.




"Anak kesayangan ayah, Syahid sudah pergi meninggalkan kita. Allah sayangkan Syahid," katanya. Jenazah akan dikebumikan di Masjid Jamiul Ehsan, Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh, selepas Zuhur ini.

Berita penderitaan adik Muhammad Syahid mula mencuri perhatian ramai sejak Mac lalu. Muhammad Syahid yang dirawat di HKL, sepatutnya menjalani rawatan kemoterapi selama setahun. Allahyarham adalah cahaya mata hasil perkahwinan Bazli dengan Asiah Abu Bakar.

Pasangan itu mempunyai seorang lagi anak, Muhammad Assfan, yang kini berusia sembilan bulan. - Apakes

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment