Akibat Blok Kereta Lain, Kereta Ini Diconteng dengan Dakwat Merah


Akibat Blok Kereta Lain, Kereta Ini Diconteng dengan Dakwat Merah

Laman Facebook Sabah Viral hari ini memuat naik satu foto yang memaparkan sebuah kenderaan diconteng dikatakan selepas menghalang kenderaan lain di sebuah hospital di sini.

Posting yang memaparkan kereta berwarna putih itu dipenuhi dengan contengan marker berdakwat merah menjadi viral di media sosial.

Antara tulisan-tulisan yang jelas kelihatan adalah:

"I Love You", "I Love You, You Love Me, We Are Happy Family", One Piece berserta logo, Tiada Hadiah, dan juga gambar dua orang lidi sedang bercinta.

Agaknya, kereta itu berada di tempat berkenaan terlalu lama sehinggakan si penconteng sempat menconteng dalam kuantiti yang banyak.

Bagaimanapun, polis belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, ekoran isu viral tersebut pihaknya menjalankan pemantauan di kawasan sekitar hospital terbabit.

"Setakat pukul 6 petang ini kami belum menerima sebarang laporan daripada pemilik kenderaan yang diconteng itu," katanya di sini hari ini.

Bagaiamapun, ada juga beberapa pengguna internet melaporkan tindakan itu dilakukan oleh bekas teman lelaki pemandu kereta terbabit. - Apakes

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment