Adira Akur Sekiranya Suami Tidak Beraya Bersama



Adira Tidak Kisah Suami Tidak Beraya Bersama

Selalunya menjelang sambutan Aidilfitri, ada sahaja pasangan yang berumah tangga bergaduh mahu pulang beraya di kampung masing-masing, apalagi yang beristeri dua.

Namun tidak bagi Adira kerana baginya jika suami tiada disisi pada hari raya nanti tidak menjadi isu buatnya.

“Sebagai isteri, saya lebih senang meletakkan keputusan itu kepada suami. Ia lebih baik daripada kita bergaduh hingga mengganggu keharmonian rumah tangga juga hubungan dengan isteri pertama.

Saya percaya apa juga keputusan diambil adalah yang terbaik untuk kedua-dua pihak”

“Kalau suami tidak bersama saya pun ia tidak perlu dijadikan isu. Buat apa hendak gaduh-gaduh, bukankah kita beraya sebulan.

Banyak lagi masa untuk suami dan saya beraya bersama,” jelasnya mengenai persiapan sambutan Hari Raya nanti.

Menurut Adira, dalam situasi beliau yang bergelar isteri kedua, pasangan suami isteri haruslah mengamalkan sikap bertimbang rasa untuk kedua-dua pihak.

Untuk tahun ini pula, Adira mengambil keputusan untuk beraya di kampung halamannya di Ranau, Sabah bersama Anggerik.

Sebagai isteri kedua memang banyak yang kena mengalah, dan sikap Adira patut dipuji kerana sangat memahami situasi suami dan isteri pertama. Bertuah Dato Red mempunyai isteri seperti Adira! - Apakes

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment