Adira AF Terkilan Jadi Bahan Cacian Warga Laman Sosial
Gara gara pengakuan suami Datuk Red mengenai perbualannya bersama seorang wanita yang tersebar baru baru ini, Adira AF dalam masa yang sama turut terkena tempias apabila ada warga laman sosial menyifatkan apa yang terjadi itu sebagai balasan kepada Adira kerana merampas suami orang.
“Apabila kejadian seperti itu berlaku, kesannya adalah kepada saya. Orang akan kata padan muka dan gelak kepada saya. Saya bukan nak salahkan suami.
Bukan saya tidak percaya, saya percaya dia boleh jaga diri,cuma apabila berlaku begini, nama saya yang dikaitkan sama”
“Apa yang negatif semua pergi kepada saya, itu yang buat saya sedikit terkilan. Memang tidak mati kalau kena kata-kata negatif sebegitu, tetapi saya masih ada keluarga dan masih ada mak.
Apabila mereka kata bukan-bukan, seolah-olah saya ini jahat sangat,” jelasnya.
Adira menjelaskan bahawa hubungannya bersama suami tiada masalah. Sementara itu, Adira bakal menyambut Aidilfitri bersama anaknya di Ranau, Sabah.
Semoga ikatan kasih sayang di antara Datuk Red dan isteri isteri akan kekal abadi hendaknya. - Apakes
0 comments:
Post a Comment