Suspek Kes Cabul Meninggal Dunia


Suspek Kes Cabul Meninggal Dunia

Seorang lelaki yang dipercayai mencabul kehormatan seorang wanita di sebuah pusat membeli belah di Alor Setar, Kedah telah meninggal dunia setelah koma dari Ahad lalu. Sebelum itu, rakaman suspek cabul terbabit yang dibelasah orang ramai telah tersebar luas di laman sosial media.

BACA: Disimbah Air Panas, Amar Terpaksa Tanggung 'Kecacatan' Seumur Hidup

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin memberitahu suspek telah meninggal pada 12.30 tengah hari semalam selepas dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah kerana parah dibelasah orang ramai.

Memetik laporan Harian Metro, ibu suspek bernama Rusni Saad, 58, tidak menyangka orang ramai tergamak membelasah anaknya sebegitu rupa kerana dia memahami perangai anaknya.

“Sampai hati depa (mereka) pukul anak mak cik. Kalau betul dia salah, serah saja pada polis bukannya pukul sampai mati. Mak cik tak boleh terima apa yang mereka buat sehingga anak diperlakukan seperti yang dilihat dalam rakaman video itu,” ujar Rusni ketika ditemui.


Dia turut memberitahu bahawa anak-anaknya yang lain telah melihat rakaman video yang menunjukkan anaknya dibelasah kerana dipercayai mencabul kehormatan seorang wanita adalah satu salah faham.

Dalam masa yang sama Mohd Rozi Jidin memaklumkan setakat ini lima individu termasuk seorang wanita telah ditangkap sejak petang kelmarin bagi membantu siasatan kes pukul ini.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment