Alat Permainan Ada Kalimah Allah



Alat Permainan Ada Kalimah Allah

PARIT BUNTAR - Seorang guru membuat laporan polis selepas mendapati alat permainan yang dibelikan untuk anak bongsunya pada 24 Mei lalu di sebuah kedai alat permainan di Taiping, dekat sini mengandungi unsur-unsur menyentuh sensitiviti umat Islam. 

Pengadu, Mahnun Mat Isa, 40, berkata dia mendapati terdapat kalimah Allah dan Muhammad yang ditulis dalam bahasa Arab pada alat permainan dibeli kepada anaknya yang dilekatkan pada bendera dipegang watak 'pengganas'.

 Katanya, watak pengganas yang dilabelkan pada kotak alat permainan itu turut menampakkan watak lelaki memakai kopiah yang kebiasaannya merujuk kepada orang Islam.

"Saya kemudian melaporkan perkara itu kepada polis dan pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak (MAIPK) cawangan Parit Buntar pada 25 Mei lalu untuk tindakan lanjut," katanya ketika ditemui hari ini. 

Mahnun berkata, pihaknya berharap pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Agama Islam, Perak akan menyiasat perkara ini dan menarik balik semua alat permainan jenis itu dari pasaran dengan segera. Katanya, dia dan suami mendapati alat permainan kanak-kanak itu dihasilkan di China sebelum diedar di negara ini menerusi sebuah syarikat tempatan di Ipoh. 

"Saya minta pihak berwajib tidak sewenang-wenangnya membenarkan kemasukan sebarang alat permainan kanak-kanak yang menyentuh sensitiviti agama di negara ini," katanya.





Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment